sabar wahai BIDADARI dunia.....

letih + penat + bosan......itu yg sya lalui sepanjang sebulan ni....tesis?..langsung tak bergerak....

dn kini sya mula pandai MURUNGUT...bkn la sya nii trlalu baik smpai tak pernah merungut sebelum ini...cumer kini merungut itu jd begitu rutin...tabiat...'habit' kata org puteh nyer...

termenung memikirkan baki beberapa bulan yg tinggal utk menghantar tesis pnuh..org lain sumer sudah 'bebas' 'gembira'....sya?....

dn masih memikirkan ini....'Tatabahasa Dewan'...'Gaya Dewan'...'Pedoman Ejaan Rumi'....bla2...cuba hadam dlm kepayahan dn keletihan berkerja dan tesis....

tp bkn 'itu' yg sya mahu...bkn kedudukan..bukan itu...bukan ini...sya ke sana utk timba pengalaman...timba ilmu br...diterima atau ditolak, itu kemudiaan cerita..yg penting sya telah berusaha...

ameen...moga ALLAH melindungi serta memudahkan perjalanan dn urusan sya di sana kelak...

BUSY a.k.a SIBUK

jujur, sya tak pernah rs sya nii SIBUK org nyer...walopun tesis sya sgt kelam kabut, sgt huru hara, tp kehidupan sya sprti biasa...tdor nyer cukup..makan mmg sntiasa cukup dn adakalanya terlebih...

lesu sya bkn krn keletihan mengulangkaji pelajaran pd thp kritikal...tp krn sya terlebey tdor, terlebey mkn dn di akhirnya mls utk bersenam...tp syukur, berat badan sya tdk naik dgn ketara (naik juga, 1 kg...turun pun dlm jumlah yg sma)....

tp td sya hnya mampu mendgr luahan crite dr mrk yg telah melalui dunia pekerjaan yg mencabar...bakal ahli br dlm keluarga sya bertugas sbg sorang doktor...dr dunia belaja hingga bekerja, sya tak pernah lihat dier ader ruang utk berehat...dn semlm, dier cumer punya waktu tdor tak smpai 3 jam!...dn br td, dier kne semula ke hospital utk bertugas...

shbt baik sya yg juga merupakan bekas teman sebilik juga begitu...walopun bkn bertugas sbg seorg doktor, namun tiada cuti bg nyer...setahu sya, sabtu ahad juga dier berkerja...jika hr biasa, dier ke pejabat pukul 8 dn pulang ke umah menjelang lewat 12 mlm, rutin sma di lalui pd hr sabtu dn ahad...

kehidupan begini sbnrnya normal....cume utk sya yg blom melalui frasa kehidupan begini kekdg terfikir mampu kah sya melalui nya...apatah lg di satu saat, tiba jodoh sya utk berkahwin, bersuami dn memiliki anak, adakah kehidupan begini yg harus sya pilih?...bgmn agak nyer tanggungjawap sya kpd suami dn anak2 kelak?...sya tdk mahu menjd wanita berkerjaya, berpendidikan tinggi, mewah, dikenali masyarakat, namun di akhirnya, anak2 sya dijaga PENGASUH...suami sya pula terpaksa menikmati masakan air tangan org lain...:-(




T.A.B.A.H

sya br pulang dr menghadiri majlis konvokesyen rakan baik sya semalam.  majlis nyer agak ringkas krn dianjurkan di kampus cawangan dan bukannya di kampus induk.  namun yg penting, dia kini telah bergelar lepasan ijazah sarjana dn ini tentunya membolehkan diri nyer perolehi peluang pekerjaan yg jauh lebey baik, diharapkan..namun yg penting, pengalaman hidup serta ketabahan dirinya membuatkan sya kagum. x perlu sya jelaskan krn sya yakin dier cukup mengerti apa yg sya maksudkan... 

dn selasa depan, seorang lagi rakan sya yg masih belum menamatkan pengajian ijazah sarjana nyer, akan mendaftar sbg Pegawai Tadbir dan Diplomat di Putrajaya...dier juga sprti sya, sedang bergelumang dgn tesis yg masih blum menampakan bntuk arca nya, masih perlu diubah, digubah, di rapi agar ia cantik melambangkan cara, gaya dan etika pemiliknya....sya juga kagum dgn profesionalisme yg ada pd dirinya, kepetahan berkata-kata serta pengorbanan nya sbg seorg anak yg taat pd perintah kedua org tua...

dn kini tinggal sya seorang mengejar byg2 impian yg tak pasti akan berada dlm gengaman atau tinggal kenangan...terlalu byk perkara yg perlu dilakukan dn terlalu byk dugaan yg perlu sya hadapi...terkadang sya merungut, mendesih, mengapa begitu mudah liku2 kehidupan org lain???...mengapa sya perlu menghadapi jerit perit mengumpul data seolah2 sya ini calon PHD?.....mengapa sya perlu bersusah payah mereka bntuk kaedah itu dn ini utk memastikan kajian yg pelik ini kelihatan jitu dn bermutu?....mengapa sukar benar utk sya mendpt kerjasama dr org lain?...mengapa amat sukar sya perolehi contoh kajian yg seumpamanya?....mengapa, mengapa dn mengapa?...

sya tahu andai sya biar fikiran sya dihasuti dgn pelbagai persoalan yg kurang menarik utk ditnya, maka akan wujud dakwa dakwi, akan wujud sifat tdk bersyukur pd diri, dan akhirnya sya mula menyalahkan takdir ilahi...terkedu, senyap, kembali berbicara pd diri agar mengenal pencipta diri, agar mengkagumi diri sendiri, agar tabah berjuang tnpa kecewa menerima kegagalan....

pesan kpd diri, 'jgn merungut...setiap satu ada hikmah utk mu'....

hanya dari MATA....

agar sukar utk sya tdor semenjak dua menjak nii...sekalipun terlelap, tdor sya tdk akan lama, dan biler terjaga shj, ht dn jiwa sya sayu mengenang nasib datuk...

tak tahu di mana slh nyer...usaha kami hanya sia2...datuk sya hilang daya penglihatan hampir 100%...kini matanya hanya boleh melihat sinar cahaya dan barangkali byg2 utk seketika waktu...


BERMULANYA TRAGEDI

dua thn lepas datuk sya di serang sesak nafas...dn kemudiannya datuk di tahan utk beberapa hr di hospital gara2 mslh yg berkaitan dgn jantung...ketika itu sya berada di thn akhir pengajian degree..kesan dr kejadian itu, penglihatan datuk sya semakin hr semakin kabur....dn kemuncak nyer adalah awal thn nie,biler datuk sya mengadu bhw dier sudah tdk boleh melihat lg...

sebenarnya hujung thn 2009, kami telah membawa datuk melakukan pemeriksaan mata di Hospital Besar Selayang...doktor pakar di situ mengatakan datuk sya menghidapi penyakit genetik glukoma dan penyakit akibat usia tua iaitu katarak...kata beliau lg, mata sebelah kiri datuk sudah tdk boleh diubati lg...yg boleh diubati hanya mata sebelah kanan...akibat perlu menunggu giliran utk suatu tempoh ms yg agak lama, kami akhirnya telah membawa datuk ke tempat lain...

tiba di sebuah PUSAT PAKAR MATA yang dimiliki scr bersama oleh 3 org doktor pakar, di sekitar kwsn Jln Ipoh, Kuala Lumpur, kami telah mengadakan temu janji dengan slh seorang dr mrk, yg kebetulan berpangkat 'Datuk'.  beliau pula telah memberikan reaksi yg positif ke atas kedua-dua mata datuk..paling mengejutkan beliau mengatakan bhw mata sebelah kiri datuk mempunyai peluang cerah 70% utk dibedah...agak mengejutkan, krn doktor pakar di Hospital Besar Selayang mengatakan sebaliknya....akibat keinginan utk melihat datuk boleh melihat semula adalah sgt2 tinggi, kami membuat keputusan utk membuat pembedahan mata kiri datuk.  kos nya menelan sebyk RM 7500..


RAWATAN SUSULAN
seminggu selepas pembedahan, kami ke pusat mata itu sekali lg utk mendptkan rawatan susulan...malanganya doktor yg melakukan pembedahan tiada...jd yg membuat pemeriksaan susulan adalah rakan kongsi beliau...ntah mengapa, mood doktor tersebut agak teruk hr tuh...ulasan beliau mudah...pembedahan ini gagal n sia2 krn mata sebelah kiri mmg tdk boley diubati lg....kami terpinga2...mengapa pendapat doktor ni langsung bertentangan dgn rkn kongsi nya yg melalukan pembedahan ke atas datuk sya?

akhirnya kami pulang dlm keadaan rungsing dn pelik...mungkin krn letih dn penat serta terpaksa fokus pula kpd telinga serta jantung datuk yg kurang sihat, maka kami sumer seolah2 menyerah pd takdir...dn di sini lah bermulanya kesilapan kami yg seterusnya..

setelah dua thn berlalu, mata datuk sya semakin teruk...dia terpaksa bergantung kpd nenek sya utk ke mana-mana termsuk lah ke tandas dn untuk mandi..utk mkn dan minum juger menjd semakin sukar...jika tdk krn ade isteri yg penyanyang, datuk sya mungkin terpksa meraba-raba utk melakukan segalanya seolah2 dia sudah buta....


LANGKAH TERAKHIR

br2 nii ibu menyatakan hasratnya utk membawa datuk melakukan pembedahan mata utk kali kedua...lantas, sya dn abg membawa datuk ke Hospital Pantai Puteri....di sana, kami di bawa berjumpa dgn Dr. Tan Boon Chong, doktor pakar mata yg popular di tempat kami tinggal...perjumpaan kami pd kali kedua menyebabkan datuk berlinangan air mata...Dr. Tan enggan melakukan pembedahan di mana-mana belah mata datuk...kami amat faham dgn sifat beretika Dr. Tan...keengganannyer melakukan pembedahan atas sebab ia amat sukar dn mustahil...saraf mata datuk telah rosak teruk...mustahil saraf mata ini boleh disembuhkan...oleh krn pembedahan mata sebelah kiri dhlu gagal, maka tekanan yg melampau ke atas mata kanan akibat kekerapan menggunakan nya lebey tinggi berbanding sebelah kiri, menyebabkan mata kanan itu juga turut terjejas sma...

akhirnya datuk terpaksa bergantung kpd ubat mata yg diberikan oleh Dr. Tan...kata Dr. Tan, ubat mata itu berfungsi utk membantu mengekalkan daya penglihatannya setakat ini dan utk mengelakkan keadaan mata menjd lebey truk...


PRASANGKA BURUK

sbg manusia biasa, adakala sya memikirkan bnder2 yg negatif berhubung dgn kegagalan pembedahan yg lalu...adakah krn doktor tersebut mahu mengaut keuntungan?...pabila gagal mata kiri, maka kami perlu memutuskan utk memujuk datuk melakukan pembedahan mata sebelah kanan...maka akhirnya, kami sebenarnya telah diperangkap dgn jayanya oleh doktor bergelar 'datuk' itu????...

wallahulam...hnya ALLAH yg tahu niat ht seseorg...jika doktor itu berniat baik, moga jasanya di bls oleh ALLAH...jika sebaliknya yg berlaku, itu juga kami serah kpd ALLAH...

mungkin rawatan tradisional itu, yg terbaik utk keadaan datuk skrg nii...hnya itu pilihan yg ada...sekurang2nya, berputus asa itu tiada dlm diari kami anak beranak...moga ALLAH memberkati usaha kami...ameen ya rabbalalamin...




Powered by Blogger