Mama...:-(

Assalamualaikum w.h.b.t

byk sgt yg nk sya coretkan hr nie...namun mood sya kurang baik memandangkan keadaan ibu sya msih blom stabil...sprti biasa ibu sya tenang setiap kali berbicara dgnnya melalui corong telefon...tp sbg anak, jauh di sudut ht, sya tahu ibu sya amat gusar dgn keadaan dirinya skrg...

ibu jarang sgt jatuh sakit...dier amat kuat dn tabah menahan sakit yg biasa2 shj bgnya....sya ingat lg...tatkala dier dh mula rs sakit nk beranak, dier msih boleh memandu sprti biasa ke tempat kerja menaiki kereta 'Mr.Bean'..kebetulan pula kereta tu rosak bhg break, dn ibu sya perlu main break angin disamping melanggar mana2 batu atau apa2 shj yg bole buatkan kereta itu berhenti....terlalu byk pengorbanan ibu, buat sya terlalu tersentuh mengenang nasib dirinya...tp sakitnya kali ini amat lain dn berbeza...amat takut utk melihat ibu sya menahan perit sakit di bwh perutnya...

setelah hmpir dua minggu berlalu, sya pulang smula ke uni, dn ke **** utk conference...cuma ibu mengadu kembali sakit beberapa hr lepas...sya mintak bantuan tunang abg sya utk check ibu sya...jika ikutkan ht, mahu pulang skrg, namun ada urusan lain yg perlu sya siapkan sesegara mungkin sblom sya balik bercuti pjg utk menjaga ibu.....ntah napa, skrg ht sya terlalu kebal utk hnya fokuskan pemikiran kpd soal kebajikan ibu....sya sudah tak dpt lg nk fokuskan kpd tesis dan juga perkara2 smpingan yg lain..sya tahu semua itu hnya sementara, tp kasih dn bakti sya kpd ibu akan bawa sya ke syurga...

sya masih ingat lg, dua minggu lepas, melalui ujian air kencing dan darah yg pertama, doktor sahkan ada darah dan nanah dlm air kencing...itu antara tanda bhw ada mslh pd buah pinggang ibu, dn mungkin ia berada pd keadaan serius, tdk sprti sintom frasa awal iaitu buih pd air kencing...sya tenang mendgr penjelasan doktor dlm ms yg sma pemikiran sya berlegar2 pd isu 'kegagalan buah pinggang' yg mungkin menybbkan ibu sya perlu dibuang buang pinggangnya atau menerima rawatan di pusat hemodalisis...jika teruk dh tntu organ lain satu demi satu akan terjejas, bermula dgn jantung, hati dn lain....astarfirullahalazim...jauh benar sya berfikir....sungguh, sya sungguh tertekan...

bg org lain ini mungkin mslh kecil, tp bg sya yg msih tdk mengerti perjlnan hidup yg sbnr, tentulah ini sst yg amat menakutkan utk sya lalui....seketika, sya terlalu sedih, dn amat terfikirkan sst...dn tiba msnya sya melakukan pengorbanan buat ibu yg dh begitu lama membesarkan kami berempat...jgn dikira hayat ibu yg masih bersisa, tp hitungla berapa byk jasa yg kiter taburkan utk ibu...utk sekian waktunya, tesis bkn lg perkara penting itu sya...dn sya amat mengerti perit getir ibu yg bkn shj menanggung sakit di luar, tp tekanan perasan dan emosi yg bercampur baur tatkala berhadapan dgn pelbagai musibah yg sya sndiri sbg anak tak mampu pikul dan hdapi sndirian...

doakan sya kuat utk pikul tanggungjawap menjaga ibu dgn sebaik yg mungkin...sya amat takut sya tak mampu nk hadapi sumer nii, ditmbhkan dgn bebanan tugas dan tanggungjawap sbg pelajar...


USM the best?

Assalamualaikum w.h.b.t.

sya terkedu tatkala membaca satu blog adik blogger mengenai world ranking university utk thn 2011...bg mrk yg sudah lama bergraduasi, semangat utk mengetahui nya mungkin sudah semakin pudar dek kesibukan diri ngan kerjaya dan rumah tangga...tp bg sya yg msih lg blom menamatkan pengajian dan msih di 'sini' utk thn ke-6, ranking ini tntulah sst yg amat sya nntikan!...dan, sesungguhnya sya hampir pitam n muntah biler USM berada pd rangking 600 lebey, jauh lebey truk dr ranking 2005 sehingga 2010...sya kire ranking 2010 mungkin tdk seteruk ini...tdk keterlaluan jika sya katakan program APEX, mungkin tdk scr total, tp dr segi mencapai matlamat asal APEX, mmg universiti kesygan sya ini GAGAL....namun apa ada pd pangkat dan kedudukan? ia hanya sekadar nama dan bersifat sementara? apa ada pd ilmu yg ditinggalkan? ilmu yg manfaatnya boleh dibawa ke mati, ilmu yg dianggap ibadah jika ikhlas beramal dgnnya...

sekian...renungan utk mrk yg msih berjuang di bumi Minden...

...

Assalamualaikum w.h.b.t

hnya sekadar peringatan utk mrk yg diberikan akal fikiran;


"A’isyah RA ketika ditanya oleh seseorang:
'Bilakah aku mengetahui bahawa diriku telah berbuat baik?'
Jawabnya : 'Bila kamu merasa belum baik.'
Lalu ditanya: 'Bilakah aku mengetahui bahawa aku belum berbuat baik?' 
Jawabnya: 'Jika kamu merasa bahawa kamu sudah baik." :)

Kifarah Dosa

Assalamualaikum w.h.b.t


teringat kata ibu kpd kwn baik sya, 'nk buat mcm mn, HABUAN masing2'...dialog ini dituturkannya sewaktu sya mahu pulang dr rumah kwn sya itu, 2 bulan lepas...

dn setelah berlaku kejadian mengejutkan ptg td, sya terpikir smula kata2 ibu berusia lewat 40 an ini....dn di saat ini, sya berasa amat berputus asa....'AMAT' bererti sudah tiada semangat dlm jiwa...air mata yg bertakung, sekalipun jatuh berderai, tdk akan membawa apa2 makna lg buat sya...sekadar terapi emosi yg hnya berkesan utk tempoh 10 minit shj...

puas sya pujuk hati ini agar trima itu sbg ketentuan ALLAH...puas juga sya ingatkan dlm diri, bhw itu hnya serpihan dugaan yg perlu dilalui utk mematangkan akal fikiran...tp jauh juga disudut ht, tersimpan luka yg amat sukar skali utk sembuh...sya tersepit di antara akal fikiran yg normal dgn pemikiran luar kawalan...akhirnya emosi menjd raja di hati....

bila tertekan, sya bawa diri jauh...tak mahu tambah dosa, pekukkan telinga, lapangkan dada, renung kitab ALLAH sedlm2nya...sya tahu di saat itu, tiada sepatah ayat Al-Quran yg dpt sya sebutkan, hnya khalimah La Ilahaillah yg mampu sya zahirkan sepjg masa......dn kemudiannya, sya hnya termenung kosong, memandang luar jendela yg pemandangannya terhalang oleh tembok tinggi berwarna putih...apa yg sya lihat?? tiada apa....dn kemudiannya menangis keanak2 kan...

dulu2, sya bkn begini..sya ini keras hati, kepala batu, nakal tak bertempat....menangis itu layaknya utk pondan, satu prinsip akal knk2 yg tak mahu jd seorg perempuan tulin! tp bile sudah dewasa dn matang, sya mula belaja bhw menangis itu perlu utk mengurangkan rs kecewa dlm jiwa....tp sejak akhir2 ini, menangis itu sudah tak bererti lg, krn mungkin ianya terlalu rutin sehingga tiada keistimewaan bg setiap titis air mata yg mengalir...

"kau bkn manusia plg malang dlm dunia...kau perlu bersyukur krn msih ada sinar bahagia utk kau...aku ada segala yg diidamkan oleh mana2 lelaki, tp sejauhmanapun aku berjaya dlm hidup, aku masih kurang sesuatu....dn hakikatnya aku lebih malang dr kau"....msj ringkas dr seorg rkn baik...

"knp aku yg harus trima sumer ini? apa slh aku?"....sya tnya soalan yg sya sndiri tak pasti jawapannya....

"apa bila kiter diuji, itu tdk bermakna kiter telah melakukan kesilapan, tp mungkin juga bererti dugaan utk mendekatkan diri kau pada ALLAH...tp tak slh jika kiter anggap itu kifarah dosa....biler kiter rs mcm itu, munajat kiter kpd ALLAH lebih ikhlas...."

dn sya kembali termenung...napa sya asyik rs sya tak layak diuji?..suci sgt kah sya ini? mulia sgtkah sya ini? sehingga mempersoalkan apa slh sya pd ALLAH?...tetiba sya rs diri sya ini jijik...YA ALLAH, ampunkah dosa hambaMu ini.... :-(   tatkala mata merayau menahan kesedihan, tetiba terpndang buku kuning yg tersusun rapi di dlm almari berkaca...selama 2 thn nii, sya tak pernah belek buku itu, apatah lg mahu menghadamnya...tp tajuknya istimewa, LA TAHZAN...apa guna sekadar menyebut, tp tak pernah membaca...sudah tiba msnya, setiap intipati buku itu sya lihat, teliti dh fahami...moga ada keberkatan ALLAH utk usaha sya menenangkan jiwa...ameen yarabbalalamin...




mahu jadi DOKTOR...?

Assalamualaikum w.h.b.t


hr niie keadaan sedikit huru hara gara2 Tokwan, Mama & adik bongsu sya sakit...tp Alhamdulillah sumer sudah beransur pulih...tgn sya yg terluka krn terkena serpihan kaca juga sudah semakin baik...jdnya td sya sempat ber'blog walking' dn kebetulan terjupa blog seorg adik yg sya rs bakal menyambung pengajiannya dlm bdg kedoktoran...

tuj sya tulis entri ini bkn la utk mendabik dada menyatakan sya ramai kwn yg menjd doktor...jika mahu dihitung tolak tambah campur darab dan bahagi, jumlahnya tak smpai berapa org pun...malah sebahagian besar darinya sya tdk pernah kenal dn juper....kbykkan nya sya temui di alam maya seperti website HALAQAH, UKHWAH, HANNAH, BAITULMUSLIM, BICARAISLAM, MAJLIS SYURA MUSLIMUN dll....alhamdulillah sumer mrk yg sya knal ini sgt baik dn murah ht berkongsi segala pengalaman suka duka mrk di rantau org....dn perkongsian ilmu itu berterusan sehingga sebhg dr mrk sudahpun selesai peringkat pertama kedoktoran iaitu HO (HOUSEMAN @ HOUSE OFFICER)

PROSES PEMBELAJARAN
sekadar apa yg sya tahu, pembelajaran asas bdg kedoktoran adalah sma walo di manapun anda belaja...walau bagaimanapun mungkin terdapat perbezaan dr segi pendedahan semasa peringkat pre-clinical dan clinical, subjek, exam, nilai gred peperiksaan dll...nisbah bilangan doktor kpd pelajar perubatan juga mungkin berbeza antara satu tempat dgn tempat yg lain...terdapat universiti yg tdk memiliki hospital sndiri dn ini menyukarkan sedikit proses pembelajaran pelajar...sehingga sampai ke satu peringkat pengajian, pelajar dikehendaki mencari pesakit dlm bilangan tertentu utk exam khas di hospital bg setiap kali latihan di mana-mana department hospital itu...dr segi exam, majoriti universiti mensyaratkan pelajar lulus exam lisan dan exam bertulis...exam di kolej/universiti juga tdk sama dgn exam di hospital....

TEMPOH PENGAJIAN
dr segi tempoh pengajian pula, bg pelajar di luar ngr, tempoh pengajian adalah sama iaitu 5-6 thn (tdk termasuk persedian di KMB, INTEC dll)... di Msia, tempohnya ialah 5 thn (tdk termasuk matriks 10 bulan atau STPM 2 thn atau Diploma 3 thn)...walau bagaimanapun pelajar twinning program sprti PMC-UCD, PMC - RCSI, Melaka - Manipal Medical College melalui proses pembelajaran yg unik...2 1/2 hingga 3thn di luar ngr utk pre-clinical, manakala baki pengajian pula di Malaysia utk latihan clinical... 

GELARAN KEDOKTORAN
pelajar yg tamat pengajian dianugerahkan ijazah perubatan menggunakan nama ijazah yg berbeza...misalnya rkn2 sya di UCD, RCSI, mrk akan memperolehi MB, BCh, BAO...manakala rkn sya di Liverpool dan Leicester pula memperolehi MB ChB...di Malaysia senario nyer berbeza...rkn sya di USM memperolehi MD...dn keadaan yg sma juga berlaku di UPM, UKM, UPNM, UNIMAS...bg rkn2 dr UM, mereka dikurniakan MBBS...dn keadaan sma berlaku bg pelajar dr USIM, UniSZA, UiTM dan UIAM...ada byk lg, tp sya dh tak ingat...gelaran itu adalah dlm bhs latin, normally mewakili 'doktor perubatan + doktor pembedahan'....dr segi kualiti, tdk dpt dipastikan, universiti mana yg plg bagus dlm bdg perubatan...namun universiti yg versetaill serta elit sprti di UK, US & Ireland sering di pndang tinggi...pelajar di Mesir, Ukraine, Indonesia pula sering dipandang sbg universiti kelas kedua...namun bg sya scr peribadi, di mana pun kiter belaja, ilmu kedoktoran tetap sama dan mencabar, sumer nya bergantung kpd pelajar itu utk mengaplikasikan ilmu time belaja dgn dunia pekerjaan sbnr...

CABARAN SEBAGAI HO
selepas tamat pengajian, mrk perlu mengisi borang khas, seblom dipanggil utk temuduga dan kursus induksi...cabaran plg perit bermula semasa posting sbg HO...mrk perlu melalui latihan selama 2 tahun di 6 department yg berbeza...tekanan bertambah perit apabila ditekan dan dibuli hebat oleh MO mahupun specialist...tempoh berkerja 12 jam sehari adalah normal utk tempoh 2 bulan pertama bertugas sbg HO...selain perlu round ward, buat report, mrk juga perlu membentang hasil report pesakit...perlu diingat bhw penempatan HO mestilah di hospital besar, hnya apabila bergelar MO br lah boleh meminta utk tukar ke klinik desa mahupun hospital daerah...jd kalo bz itu, adalah perkara yg amat biasa utk HO...

SERONOKKAH MENJADI MO?
bg mrk yg bergelar MO, kebykkan nya akan meminta utk tukar ke hospital daerah...normally bg daerah kecil, jumlah MO nyer tdk ramai sekitar 7 hingga 10 org...biasanya jumlah on call ialah 8 kali...dh agak sukar mendpt cuti....dn seringkali perlu ke hospital besar, utk menghantar pesakit yg agak kritikal...tp peluang utk smbung belaja utk menjd specialist mungkin agak besar krn persaingan kurang....bg mrk yg berkhidmat di hospital khas sprti Hospital Tanjung Rambutan, jumlah on call biasernya sekali shj, jd kurang duit poket (setiap jumlah jam on call, akan di byr sejumlah duit)...tp mudah utk dpt cuti dn cuti nya adalah lebih sedikit dr hospital biasa...bg mrk yg berkhidmat di klinik desa, nomally mrk akan mendapat cuti pd hr sabtu dan ahad..tugasan kerja mrk juga amat flesibel....bg mrk yg berkerja di hospital besar pula, kehidupan MO nyer lebih mencabar, namun byk perkara yg mrk belaja di situ, tmbhan pula ada ramai specialist dan consultant di hospital besar....

hnya sekadar ini yg sya dpt tulis...sumernya hnya maklumat asas...nk tulis detail mmg tak terlarat sbb terlalu byk nk dihuraikan..apapun, gluck utk sumer yg bakal bergraduasi atau telah menjd HO & MO..berkhidmat lah dgn ikhlas dn jujur...moga ALLAH membls jasa murni korang sumer..ameen....

Chaiyok2 utk bebdk PMC

Assalamualaikum w.h.b.t


ucapan nii khas wat adik2 di PMC (Penang Medical College) sama ada bebdk PMC-RCSI or PMC-UCD....

gluck utk exam 14-15 hb 7 nnti di Hospital Besar Pulau Pinang....semoga berjaya utk Long Case Surgery & Osce Family Medicine.....


p/s: td diorg br hbis exam Medicine & Surgery MCQ...moga sumer lulus dgn baik n cemerlang...ameen


hanya pada Mu Ya ALLAH

Assalamualaikum w.h.b.t


tertekan yg amat skrg nii...

bkn tak mahu, tp tak bersedia, dn bkn skrg, mungkin esok lusa itu lebey baik.....

tp di saat kiter tdk bersedia itu la, ALLAH menguji...dn trus menguji...

dan adakalanya apa yg difikirkan buruk itu tdk mungkin berlaku dn yg bakal berlaku mungkin sebaliknya...

tp fitrah manusia biasa...

TAKUT....

bkn takut krn rs berslh, bkn takut krn apa..

tp takut krn tiada kekuatan...takut krn rs diri ini perlu dilindungi drp keadaan yg lebih buruk hnya krn kata2 pedih yg bakal terucap tnpa kawalan...

dn skali lg, aku bermohon pd mu Ya ALLAH, beri lah kekuatan kpd kami bertiga utk menempuhi cabaran dan halangan ini Ya Allah....kami inii hambaMu yg kerdil...apakan daya kami Ya Allah.. :-(
Powered by Blogger