mahu jadi DOKTOR...?

Assalamualaikum w.h.b.t


hr niie keadaan sedikit huru hara gara2 Tokwan, Mama & adik bongsu sya sakit...tp Alhamdulillah sumer sudah beransur pulih...tgn sya yg terluka krn terkena serpihan kaca juga sudah semakin baik...jdnya td sya sempat ber'blog walking' dn kebetulan terjupa blog seorg adik yg sya rs bakal menyambung pengajiannya dlm bdg kedoktoran...

tuj sya tulis entri ini bkn la utk mendabik dada menyatakan sya ramai kwn yg menjd doktor...jika mahu dihitung tolak tambah campur darab dan bahagi, jumlahnya tak smpai berapa org pun...malah sebahagian besar darinya sya tdk pernah kenal dn juper....kbykkan nya sya temui di alam maya seperti website HALAQAH, UKHWAH, HANNAH, BAITULMUSLIM, BICARAISLAM, MAJLIS SYURA MUSLIMUN dll....alhamdulillah sumer mrk yg sya knal ini sgt baik dn murah ht berkongsi segala pengalaman suka duka mrk di rantau org....dn perkongsian ilmu itu berterusan sehingga sebhg dr mrk sudahpun selesai peringkat pertama kedoktoran iaitu HO (HOUSEMAN @ HOUSE OFFICER)

PROSES PEMBELAJARAN
sekadar apa yg sya tahu, pembelajaran asas bdg kedoktoran adalah sma walo di manapun anda belaja...walau bagaimanapun mungkin terdapat perbezaan dr segi pendedahan semasa peringkat pre-clinical dan clinical, subjek, exam, nilai gred peperiksaan dll...nisbah bilangan doktor kpd pelajar perubatan juga mungkin berbeza antara satu tempat dgn tempat yg lain...terdapat universiti yg tdk memiliki hospital sndiri dn ini menyukarkan sedikit proses pembelajaran pelajar...sehingga sampai ke satu peringkat pengajian, pelajar dikehendaki mencari pesakit dlm bilangan tertentu utk exam khas di hospital bg setiap kali latihan di mana-mana department hospital itu...dr segi exam, majoriti universiti mensyaratkan pelajar lulus exam lisan dan exam bertulis...exam di kolej/universiti juga tdk sama dgn exam di hospital....

TEMPOH PENGAJIAN
dr segi tempoh pengajian pula, bg pelajar di luar ngr, tempoh pengajian adalah sama iaitu 5-6 thn (tdk termasuk persedian di KMB, INTEC dll)... di Msia, tempohnya ialah 5 thn (tdk termasuk matriks 10 bulan atau STPM 2 thn atau Diploma 3 thn)...walau bagaimanapun pelajar twinning program sprti PMC-UCD, PMC - RCSI, Melaka - Manipal Medical College melalui proses pembelajaran yg unik...2 1/2 hingga 3thn di luar ngr utk pre-clinical, manakala baki pengajian pula di Malaysia utk latihan clinical... 

GELARAN KEDOKTORAN
pelajar yg tamat pengajian dianugerahkan ijazah perubatan menggunakan nama ijazah yg berbeza...misalnya rkn2 sya di UCD, RCSI, mrk akan memperolehi MB, BCh, BAO...manakala rkn sya di Liverpool dan Leicester pula memperolehi MB ChB...di Malaysia senario nyer berbeza...rkn sya di USM memperolehi MD...dn keadaan yg sma juga berlaku di UPM, UKM, UPNM, UNIMAS...bg rkn2 dr UM, mereka dikurniakan MBBS...dn keadaan sma berlaku bg pelajar dr USIM, UniSZA, UiTM dan UIAM...ada byk lg, tp sya dh tak ingat...gelaran itu adalah dlm bhs latin, normally mewakili 'doktor perubatan + doktor pembedahan'....dr segi kualiti, tdk dpt dipastikan, universiti mana yg plg bagus dlm bdg perubatan...namun universiti yg versetaill serta elit sprti di UK, US & Ireland sering di pndang tinggi...pelajar di Mesir, Ukraine, Indonesia pula sering dipandang sbg universiti kelas kedua...namun bg sya scr peribadi, di mana pun kiter belaja, ilmu kedoktoran tetap sama dan mencabar, sumer nya bergantung kpd pelajar itu utk mengaplikasikan ilmu time belaja dgn dunia pekerjaan sbnr...

CABARAN SEBAGAI HO
selepas tamat pengajian, mrk perlu mengisi borang khas, seblom dipanggil utk temuduga dan kursus induksi...cabaran plg perit bermula semasa posting sbg HO...mrk perlu melalui latihan selama 2 tahun di 6 department yg berbeza...tekanan bertambah perit apabila ditekan dan dibuli hebat oleh MO mahupun specialist...tempoh berkerja 12 jam sehari adalah normal utk tempoh 2 bulan pertama bertugas sbg HO...selain perlu round ward, buat report, mrk juga perlu membentang hasil report pesakit...perlu diingat bhw penempatan HO mestilah di hospital besar, hnya apabila bergelar MO br lah boleh meminta utk tukar ke klinik desa mahupun hospital daerah...jd kalo bz itu, adalah perkara yg amat biasa utk HO...

SERONOKKAH MENJADI MO?
bg mrk yg bergelar MO, kebykkan nya akan meminta utk tukar ke hospital daerah...normally bg daerah kecil, jumlah MO nyer tdk ramai sekitar 7 hingga 10 org...biasanya jumlah on call ialah 8 kali...dh agak sukar mendpt cuti....dn seringkali perlu ke hospital besar, utk menghantar pesakit yg agak kritikal...tp peluang utk smbung belaja utk menjd specialist mungkin agak besar krn persaingan kurang....bg mrk yg berkhidmat di hospital khas sprti Hospital Tanjung Rambutan, jumlah on call biasernya sekali shj, jd kurang duit poket (setiap jumlah jam on call, akan di byr sejumlah duit)...tp mudah utk dpt cuti dn cuti nya adalah lebih sedikit dr hospital biasa...bg mrk yg berkhidmat di klinik desa, nomally mrk akan mendapat cuti pd hr sabtu dan ahad..tugasan kerja mrk juga amat flesibel....bg mrk yg berkerja di hospital besar pula, kehidupan MO nyer lebih mencabar, namun byk perkara yg mrk belaja di situ, tmbhan pula ada ramai specialist dan consultant di hospital besar....

hnya sekadar ini yg sya dpt tulis...sumernya hnya maklumat asas...nk tulis detail mmg tak terlarat sbb terlalu byk nk dihuraikan..apapun, gluck utk sumer yg bakal bergraduasi atau telah menjd HO & MO..berkhidmat lah dgn ikhlas dn jujur...moga ALLAH membls jasa murni korang sumer..ameen....

0 Response to "mahu jadi DOKTOR...?"

Catat Ulasan

Powered by Blogger